Monday, December 27, 2010

hahaha..ceritasedih laaaa.....=.='

" Abg...tlg dtg umah segera,URGENT!!!!! ". Hakim baca sms
sepantas kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim
cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.
Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya
waktu itu.Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain
bersama, kalau main masak-masak dia sanggup
bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak
kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia
pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu
Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak
Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana
boleh main permainan kasar- kasar macam tu. Sebab itulah
dia sukakan Ina, lembut penyayang dan penuh ciri-ciri
keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina
berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan
Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan
depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-
kawan daripada meninggalkan
Ina kayuh basikal sorang- sorang.
Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh
'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa
darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar
tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat
kpd Ina
"Pen merah pen biru, U baca I love
U' bersama sebijik gula-gula
Hacks
sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara
surat itulah dia jelingan tajam
Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa
surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia terpaksa menadah telinga menahan leteran
maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak
naya. Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa
itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan
sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala itu, fikirannya menelah perkara
yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina
tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift
pagi tadi, Baizura kerja shift malam.
Dia risau kerana panggilannya
tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah
Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir- akhir ini. Baru-baru
ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki
perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak
sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan,
ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan
Ina tidak diapa-apakan.
Dia berdoa sungguh-sungguh.
Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa
itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga
sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina
dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.
Jika tak ada aral melintang hujung
tahun ini, (masa PERODUA cuti plant shutdown 2 minggu) keluarganya akan
masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu
apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.
Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik
berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat
pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu
sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol
pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk
pintu bili Ina. Dia dengar esakan Ina.
Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi
pintu bilik Ina sambil panggil
nama Ina. Hakim tak boleh
bersabar lagi, dia
pulas tombol pintu bilik Ina.
Juga tak berkunci. Dia masuk
bilik Ina, dia
tengok Ina teresak-esak atas
katil. Rambut Ina kusut masai,
Ina tekup muka sambil menangis. "Ina,
apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina.
Ina masih dalam sendu.
"hu...hu..." " Ina, cakap kat
abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak
sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan
keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk
manapun berita yang akan
keluar dari mulut Ina. Hakim
goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!"
Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,
Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.
MMmm "Bang, Ina lapar, nak
makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."
Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina
bayar blk ek? Tak pun bila Ina
dapat Bonus baru bayar